Malaysia Madani, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, ASWARA

Cultural Futurist 2026

Heritage Reimagined: Culture, Creativity & Technology

Metaverse Conference bermula dalam
00Hari
00Jam
00Minit
00Saat
48H XR Jam 12–14 Dis✦Metaverse Conference 16–17 Dis✦Leadership Conference 18 Dis✦Nano-Certification Dis 2026 – Jan 2027✦ASWARA+ Cyberjaya & Nexus Budaya Metaverse✦48H XR Jam 12–14 Dis✦Metaverse Conference 16–17 Dis✦Leadership Conference 18 Dis✦Nano-Certification Dis 2026 – Jan 2027✦ASWARA+ Cyberjaya & Nexus Budaya Metaverse✦

Tentang CF26

Memperkasa Warisan Budaya Melalui Teknologi

Cultural Futurist berpegang pada satu soalan mudah: kalau teknologi boleh simpan gambar dan bunyi, kenapa tidak cara kita menari, bercerita dan bermain muzik?

Edisi 2026 menghimpunkan penggiat seni, pembangun kandungan digital, pakar teknologi kreatif dan ahli akademik dari dalam dan luar negara. Ada yang hadir di ASWARA+ Cyberjaya, ada yang masuk dari rumah melalui dunia metaverse ASWARA sendiri.

Selama seminggu, kita bincang, bina dan belajar bersama. Bidangnya luas: animasi, permainan digital, seni media baharu, teater, tari, seni persembahan tradisional dan muzik.

Latar Belakang Program

  1. 2017
    Unreal HeritageProjek VR warisan bersama ASEAN COCI
  2. 2021
    Sarong DiplomacyPengalaman AR bersama ASEAN dan Yayasan Hasanah
  3. 2023
    SEA Futurist '23
  4. 2024
    Cultural Futurist '24Terang, Wujud & Riuh
  5. 2026
    Cultural Futurist 2026Leadership Metaverse Conference

Program

Komponen Program

Cultural Futurist 2026 merangkumi empat komponen utama yang dirangka untuk penggiat seni, ahli akademik, pelajar dan pemain industri kreatif.

Dalam talian

Leadership Metaverse Conference

Dua hari pembentangan dari pembicara Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Romania, Vietnam dan Korea Selatan. Semuanya berlangsung dalam Nexus Budaya, dunia metaverse Fakulti Animasi dan Multimedia ASWARA yang dibina di atas platform IP360 bersama MDEC. Cukup dengan web browser di PC atau laptop. Tak perlu headset.

Tarikh
16–17 Disember 2026
Masa
10.00 pagi – 5.00 petang (MYT)
Platform
aswara.edu.my/cf26
Fizikal

Cultural Futurist Leadership Conference

Sehari penuh di ASWARA+ Cyberjaya dengan empat forum. Topiknya dari minda futuris dan manusia digital sampai ke warisan dalam era metaverse dan ekonomi kreatif. Majlis perasmian oleh Rektor ASWARA dan penyampaian hadiah XR Jam juga berlangsung pada hari yang sama.

Tarikh
Jumaat, 18 Disember 2026
Masa
9.00 pagi – 5.30 petang
Lokasi
Dewan Penilaian Amali, ASWARA+ Cyberjaya
Hibrid · 48 jam

48H Cultural Heritage XR Jam

Ideathon 48 jam untuk pelajar dan pengamal kreatif. Bentuk pasukan, ambil tema Motif Corak Batik Malaysia, kemudian hasilkan idea dan prototaip AR, VR atau MR. Mentor dan juri dari industri akan menyemak kerja anda sepanjang dua hari, sebelum pasukan pitch pada hari ketiga.

Tarikh
12–14 Disember 2026
Format
Zoom & Discord, ASWARA+ Cyberjaya
Tema
Motif Corak Batik Malaysia
Kursus pendek

Nano-Certification

Kursus intensif tiga hari dalam bidang seni, budaya dan teknologi, diajar oleh pensyarah ASWARA dan pengamal industri. Antaranya AI generatif, fotogrametri, pengacaraan majlis, koreografi tarian Malaysia dan Toon Boom Storyboard. Ada sijil bagi yang lengkap.

Tarikh
Disember 2026 – Januari 2027
Masa
9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi
ASWARA Kuala Lumpur & ASWARA+ Cyberjaya

Penceramah

Barisan Penceramah dan Panel

Pemimpin institusi, tokoh industri kreatif dan ahli akademik dari dalam dan luar negara dalam bidang seni, budaya dan teknologi.

Jadual

Jadual Program

Disember 2026

IsnSelRabKhaJumSabAhd
48H XR JamMetaverse Conference Leadership ConferenceNano-Certification

Nano-Certification

Kursus Nano-Certification

Kursus jangka pendek selama tiga hari dengan tempoh pembelajaran minimum 20 jam serta penilaian praktikal.

Kategori
Sesi

Syarat penyertaan: warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas. Peserta perlu lengkapkan sekurang-kurangnya 20 jam pembelajaran dan hadir latihan secara fizikal seperti yang ditetapkan oleh penyedia kursus.

Pendaftaran

Pendaftaran Peserta

Daftar untuk Metaverse Conference, Leadership Conference, 48H XR Jam atau Nano-Certification melalui pautan pendaftaran rasmi.